Saturday, March 14, 2009

BANGGAnya aku menjadi ANAK JOHOR!!!

Bangganya aku menjadi anak johor,
Mempunyai menteri pelajaran,
Yang begitu lantang mempertahankan PPSMI,
Walaupun yang akan menjadi mangsanya
ialah bahasa melayu anak-anak melayu.

Bangganya aku menjadi anak johor,
Mempunyai menteri keselamatan dalam negeri,
Yang begitu yakin mempertahankan ISA,
Walaupun ISA itu suatu bentuk kekejaman,
Dan bertentangan dengan agamanya.

Bangganya aku menjadi anak johor,
Yang begitu setia dengan UMNO,
Walaupun hidup makin hari makin tersepit,
Untuk kesenangan pemimpin,
Kami sanggup berkorban.

Bangganya aku menjadi anak johor,
Yang mempunyai pemuda umno yang
begitu lantang mengutuk penghinaan raja,
tetapi lupa penghinaan raja bermula dari partinya sendiri,
dari dulu hingga kini.



Bangganya aku menjadi anak johor,
Kerana negeriku hak milik umno,
Dulu kini dan selamanya,
BANGGANYA AKU!!!!

Friday, March 13, 2009

Siapa PENGECUT??!!!!!!

Alkisah terjadilah suatu kejadian yang amat memalukan di negara kita. Kejadian yang boleh menimbulkan seribu satu soalan. Kejadian bermula apabila sekumpulan anak muda yang konon-kononnya begitu gagah dan jantan bergerak masuk dan membuat onar di bangunan parlimen. Siapa anak-anak muda ini?? Siapa lagi kalau bukan pemuda umno. Lihatlah bagaimana berani dan gagahnya mereka mengepung secara beramai-ramai seorang ahli parlimen di ruang parlimen. Rasanya satu Malaysia dah tahu peristiwa ini. Bukan kupasan yang ingin saya buat, tetapi ingin melontarkan beberapa soalan kepada pemuda-pemuda umno.

Ingat lagi apa yang dikeluarkan oleh media elektronik umno selepas peristiwa ini berlaku? Media-media elektronik ini gegitu menyokong tindakan yang tidak bertamadun ini. Keluar kenyataan dari mulut seorang pemuda umno yang mengatakan Karpal Singh pengecut kerana tidak berani mengeluarkan kenyataan yang mengatakan pemuda umno ‘celaka’ di depan mereka sebagaimana Karpal Singh ucapkan di dalam parlimen.

Ingin saya bertanya kepada ketua kumpulan samseng ini(baca pemuda umno), siapa yang sebenarnya pengecut?? Siapa yang datang beramai-ramai dan mengepung seorang ahli parlimen yang sudah uzur dan berkerusi roda?? Bukan sahaja mengepung, malah bertindak seperti samseng dan mafia yang ingin mengugut mangsanya. Tida terfikir ke oleh mereka-mereka ini yang pengecut dalam kes ini ialah mereka sendiri. Atau otak mereka tidak dapat berfikir dengan baik lagi atau dalam kata lain sudah mereng akibat kekelahan yang buruk menimpa parti mereka. Kalu berani sangat seperti kata orang tua, satu lawan satu. Barulah betul. Tapi dalam kes ini, mana boleh adil. Satu lawan satu pun tak adil. Kerana orang yang igin mereka lawan ini berkerusi roda.

Rasanya tak ada apa lagi yang ingin dikatakan, kerana masyarakat Malaysia pada hari ini dah semakin bijak untuk menilai. Cuma saya ingin member sedikit nasihat kepada pemuda-pemuda umno yang berni dan gagah ini. Belajarlah menghormati orang yang lebih tua dari kita. Lebih-lebih lagi orang tua yang uzur dan bukan beragama Islam. Kerana kita perlu menunjukkan contoh dan akhlak yang baik lebih-lebih lagi kepada oarng yang bukan beragama Islam. Tak taulah kalau umno sekarang dah terbuka untuk orang melayu yang bukan beragama Islam. Kerana melayu pun dah ramai keluar Islam. Ada jugak yang islam pada mykad sahaja. Akhir sekali, ingin saya bertanya sekali lagi, siapa yang sebenarnya pengecut???